Friday, 13 July 2012

Kem Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Smk Tasek Damai (:

Assalamualaikum . Haa terpaksa menjadi seorang yang indah budi bahasa dan baku sedikit :3 Hi hi hi .


Okay pada 7 & 8 Julai 2012 , Sifu Taj dan kak ros dan kak sal dengan jayanya telah menjayakan KEM SMART TEAM PRS bg tahun 2012 yang bertempat di SMK Tasek Damai . Kem yang penuh dengan entipati berkaitan PEMBIMBING RAKAN SEBAYA , berkaitan tanggungjawab , kerjasama dan penuh dengan pengajaran . 


Wajah-wajah kegembiraan menanti turn turun  (:


Muka penuh pertanyaan dan kertas itulah nama yang kami semua bt sendiri  !

Yeahh udang udang , BBQ udang . ini time second day 

Saya suka udang hahaha :3

Turun jangan tak turun . Normal Rapelling :)

Udang sangat lah comel untuk di makan hahaha :D

Jangan lupa sebelum turun pakai safety ! Bukan safety guard k

Time ni badan sepatutnya berbentuk L . Adira cara kau salah  .
Pada hari pertama kami di beri ''suprised''! Ceh konon suprise padahal dah tahu . Kami melakukan aktiviti yang tidak pernah kami lakukan walaupun namanya normal iaitu ''NORMAL RAPELLING'' dan ''FLYING FOX'' bersama JPAM ! Sebelum naik turun aktiviti ni , kami diberi taklimat terlebih dahulu . Cara-caranya dan banyak lagi . Best sangat sangat lah . Terima kasih kepada Jabatan Pertahanan Awam kerana memberi perluang kepada kami semua untuk mencuba . Selepas selesai , aktiviti yang dilakukan pula dan di kendalikan oleh Cikgu Rosman ft Cikgu Saiful amatlah riang ria hari PRS ! Cikgu cikgu sal , boleh share kepada kami mcm mana dpt rahsia badan lembut menari nari ? Ok nak di ceritakan mmg banyaklah . Aktiviti 1 2 3 4 5 6 semua ada , dan sangat kelakar . Macam yang saya kata , penuh dengan pengajaran (:


Kami sebagai PRS akan terus bangkit dalam membaiki diri dan rakan ! Tiada usaha tiada kerjaya . BANTU DIRI BANTU RAKAN , PRS CEMERLANG KAMI IMPIKAN !


Ini sahaja yang dapat saya kongsikan , maafkan gambar yang menarik tiada . Manusia yang berjaya ialah manusia yang cemerlang ilmunya :3  Assalamualaikum

Thursday, 31 May 2012

Lawatan Sambil Belajar Ke Masterskill.

Assalamualaikum.


29 April yang lalu,Ahli Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai telah mengadakan satu lawatan sambil belajar di Masterskill University Of Health Science Ipoh Perak. Lawatan ini desertai oleh 40 pelajar PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) dan 40 ahli PBSMM SMK Tasek Damai.Progrom ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai Rawatan Kecemasan dan Kecederaan Ringan.

Semua pelajar yang terlibat untuk program yang dijalankan pada 9.00 pagi hingga 1 tengah hari ini diminta berkumpul terlebih dahulu untuk mendengar taklimat ringkas daripada guru pembimbing yang menyertai lawatan tersebut.Kami bergerak dari sekolah pada 8.30 pagi dengan menaiki bas Masterskill yang dijemput khas oleh mereka di hadapan sekolah.





Perjalanan kami hanya memakan masaa dalam 15 minit sahaja kerana Masterskill University tidak lah jauh dari sekolah kami.Sampai sahaja semua pelajar begitu kagum kerana kawasan nya yang begitu luas dan sangat bersih! Semua bangunan juga cantik cantik dicat dengan warna yang sangat menarik.








Setelah sampai kami disambut oleh Ayah Jo.Ayah Jo merupakan pengetua di Masterskill University Ipoh Perak.Maaflah saya terlupa apa nama panjangnya.Saya hanya ingat Ayah Jo kerana dia suruh kami semua menggelarkan dia Ayah Jo.Ayah Jo sangat best dan sporting! Kemudian, kami dibawa untuk melawati makmal makmal dimana penuntut di universiti itu belajar.ada makmal fisioterapi,makmal ujikaji,makmal patoloji dan sebagainya.Kami berpeluang masuk ke dalam Mini Hospital.Mini Hospital merupakan hospital buatan dimana pelajar pelajar disitu menjalani amali dan membiasakan diri untuk bekerja di dalam hospital. memang menarik! Bagi saya, paling menarik bila mana kami semua masuk ke dalam bilik fisioterapi kerana terdaapat pelbagai peralatan canggih.Tak silap saya harganya juga mahal mahal! 





Kami juga dibawa melawat kedalam Pusat Sumber Pembelajaran (psp) di Masterskill.Terdapat pelbagai buku yang sememangnya sangat berguna untuk dijadikan bahan rujukan para penuntut. Psp mereka juga sangat menarik dengan susunan rak buku yang rapi.Malahan ada juga komputer yang disediakan untuk pelajar melayari internet atau mencari bahan bahan pembelajaran.



Setelah kaki penat berjalan tawaf satu universiti kami diberi masuk ke dalam  bilik kuliah untuk sesi taklimat dan cara cara  rawatan kecemasan.Banyak pengetahuan yang kami peroleh pada haritu dengan bantuan kakak  dan abang yang sudi beri tunjuk ajar.Tak lupa jugak time imran dan hakim jadi pelakon untuk demo rawatan kecemasan.hehehe.


Sebelum pulang dan akhiri lawatan pada hari itu cikgu Tajuddin mewakili SMK Tasek Damai menyampaikan sedikit cenderahati kepada Ayah Jo sebagai penghargaan kerana telah menyambut kehadiran kami dengan baik dan sudi meluangkan masa bersama sama pelajar prs dan pbsmm.




Rasanya sampai sini sahaja entry kali ini.Maaflah kalau penceritaan kurang menarik.Dengan adanya gambar rasanya boleh membantu bagaimana acara pada hari tersebut berjalan.Okay bye Assalamualaikum :D

Saturday, 5 May 2012

Tips tips pelajar cemerlang dari DR FADZILAH KAMSAH (:





Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran  


Friday, 20 April 2012

The first (:


 Hai , assalamualaikum ! K peacee , saya noridayu pengelola blog PRS TASEK DAMAI , harap maklum . Ok first sekali blog ni baru nak membangun , jadi takde yang menarik lagi . Ayu dan unit blogger PRS yang lain akan cuba yang terbaik untuk memeriah , meriuhkan lagi blog ini . Haa blog ini akan menyediakan tips tips atau apa apa ajee perkara yang sedap di dengar dan enak di pandang . Begin awesome gituu kann :3 



Okay , kalau ada apa-apa yang menarik boleh lah share share tauu . Selain blogger , PRS tasek damai juga mempunyai Twitter dan Facebook . Jika ada sebarang info , jangan lupa share . Sharing is caring kann kan ? Bersatu kita teguh , bercerai kita roboh ! Haha cool Y



Setakat ni itu je dulu Ayu dapat cakap , jangan lupa follow yerrrr ! Takde blog pun korg boleh follow dengan email . Dunia , tiada yang mustahil kan kann ? Sama-sama lah kita menghangatkan blog PRS TASEK DAMAI niiii . Enjoy ! Peacee yoooo , assalamualaikum :3