Thursday, 31 May 2012

Lawatan Sambil Belajar Ke Masterskill.

Assalamualaikum.


29 April yang lalu,Ahli Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai telah mengadakan satu lawatan sambil belajar di Masterskill University Of Health Science Ipoh Perak. Lawatan ini desertai oleh 40 pelajar PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) dan 40 ahli PBSMM SMK Tasek Damai.Progrom ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai Rawatan Kecemasan dan Kecederaan Ringan.

Semua pelajar yang terlibat untuk program yang dijalankan pada 9.00 pagi hingga 1 tengah hari ini diminta berkumpul terlebih dahulu untuk mendengar taklimat ringkas daripada guru pembimbing yang menyertai lawatan tersebut.Kami bergerak dari sekolah pada 8.30 pagi dengan menaiki bas Masterskill yang dijemput khas oleh mereka di hadapan sekolah.





Perjalanan kami hanya memakan masaa dalam 15 minit sahaja kerana Masterskill University tidak lah jauh dari sekolah kami.Sampai sahaja semua pelajar begitu kagum kerana kawasan nya yang begitu luas dan sangat bersih! Semua bangunan juga cantik cantik dicat dengan warna yang sangat menarik.








Setelah sampai kami disambut oleh Ayah Jo.Ayah Jo merupakan pengetua di Masterskill University Ipoh Perak.Maaflah saya terlupa apa nama panjangnya.Saya hanya ingat Ayah Jo kerana dia suruh kami semua menggelarkan dia Ayah Jo.Ayah Jo sangat best dan sporting! Kemudian, kami dibawa untuk melawati makmal makmal dimana penuntut di universiti itu belajar.ada makmal fisioterapi,makmal ujikaji,makmal patoloji dan sebagainya.Kami berpeluang masuk ke dalam Mini Hospital.Mini Hospital merupakan hospital buatan dimana pelajar pelajar disitu menjalani amali dan membiasakan diri untuk bekerja di dalam hospital. memang menarik! Bagi saya, paling menarik bila mana kami semua masuk ke dalam bilik fisioterapi kerana terdaapat pelbagai peralatan canggih.Tak silap saya harganya juga mahal mahal! 





Kami juga dibawa melawat kedalam Pusat Sumber Pembelajaran (psp) di Masterskill.Terdapat pelbagai buku yang sememangnya sangat berguna untuk dijadikan bahan rujukan para penuntut. Psp mereka juga sangat menarik dengan susunan rak buku yang rapi.Malahan ada juga komputer yang disediakan untuk pelajar melayari internet atau mencari bahan bahan pembelajaran.



Setelah kaki penat berjalan tawaf satu universiti kami diberi masuk ke dalam  bilik kuliah untuk sesi taklimat dan cara cara  rawatan kecemasan.Banyak pengetahuan yang kami peroleh pada haritu dengan bantuan kakak  dan abang yang sudi beri tunjuk ajar.Tak lupa jugak time imran dan hakim jadi pelakon untuk demo rawatan kecemasan.hehehe.


Sebelum pulang dan akhiri lawatan pada hari itu cikgu Tajuddin mewakili SMK Tasek Damai menyampaikan sedikit cenderahati kepada Ayah Jo sebagai penghargaan kerana telah menyambut kehadiran kami dengan baik dan sudi meluangkan masa bersama sama pelajar prs dan pbsmm.




Rasanya sampai sini sahaja entry kali ini.Maaflah kalau penceritaan kurang menarik.Dengan adanya gambar rasanya boleh membantu bagaimana acara pada hari tersebut berjalan.Okay bye Assalamualaikum :D

1 comment:

  1. Assalamualaikum . sy nk tanya ada x cikgu kat sekolah ni nama suhaida bt ismail .boleh sy dapatkn number die sbb dah lama sy cari number cikgu Tu .die cikgu sy.harap2 sgt membantu.dah lama x contact

    ReplyDelete